Tuesday, January 29, 2008

menghitung hari....


hari khamis ni.. aku kena hantar proposal & literature review...

fuhh... berat gak nie.. aku dah le baru je seminggu tukar tajuk. dia plak siap nak suruh hantar benda2 tu...lengkap!


jadi, mula dari ari khamis mggu lepas, aku dah mula la cari2 bahan... kalo dulu, aku masuk library tu sampai boleh sesat2.. tapi sekarang ni, siap dah boleh hafal nombor2 rak kat situ.. ermm.. siap pegi pinjam buku kat ptar4 lagi... huhuhuu...


ari sabtu ader kelas cam biasa.. tapi kena 'pau' sorang rm30 untuk duit kelas.. kelas kali ni pun dah mula ader sediakan makan2 dalam pukul sepuluh camtu. ok la skit, nak cafe kat sini mane ade bukak ari sabtu...

balik kelas petang tu, buat keje kat rumah sekejap.. baca2 skit buku mana2 yang patut. paper yang aku save dari internet tu pun banyak tak baca lagi... pendek kata, untuk master ni memang kena, baca, baca, baca... buat keje sampai malam. huuu.. sambil2 tu main game la... hahahahaha...


ari ahad plak ader pakcik kat depan rumah tu buat kenduri.. anak pompuan dia kawen.. memandangkan aku ni tengah sibuk.. maka.. tak banyak benda yang aku dapat tolong diorang tu... bukan ape.. karang kata hidup tak bermasyarakat plak kan.. hehehehehe...

erm... tapi ader gak la aku tolong...

aku tolong bagi senyuman kat tetamu2 yang datang & tolong habiskan makanan2 tu suma... karang membazir plak.. suma2 tu aku buat ngan ikhlas..... huhuhuu

petang & malam tu aku buat keje skit lagi...


semalam & setakat ari ni, aku banyak buat keje kat ipsis.. ader lab komputer yang aman damai bila nak guna.. takyah le rebut2 ngan student2 lain, sebab kat sini yang guna pun student2 master & phd jer.. tu pun beberapa kerat je yang ader...


huh.. nak sambung keje.. karang tak siap plak... hehehehe.. byezzz....


Saturday, January 19, 2008

journey begin..... (cewah....)


ari selasa baru yang lepas, aku dah pegi jumpa supervisor. bincang skit2 pasal tajuk aper nak buat. tapi, bila dah sampai 'level' ni, nampaknya lebih banyak bergantung pada diri sendiri. aku mesti kena biasakan buat keje dengan bantuan yang amat sikit dari supervisor. kalo nak jumpa supervisor pun lepas2 ni, bukan untuk tanya apa yang perlu dibuat seterusnya, tapi kena submit secara 'lengkap' keje yang dah diberi sebelum2 ni. lepas tu bila dah siap satu2 tugasan, tugasan lain akan diberi. jadi proses nie berulang2 sampai le aku abis nanti. Ermm... umpama macam supervisor sebut satu benda, tapi kita mesti buat 100 benda. camtu la. supervisor bukan tempat nak mengadu masalah & kesusahan, tapi jumpa diaorang untuk dapatkan/tambahkan lagi tugasan2. .. huh.. itu la yang aku dapat tau sikit sebanyak latarbelakang untuk buat 'master' nih.

minggu ni, aku banyak buat keje kat library, cari bahan2 kat buku & internet, sebab kat bilik aku masih lagi tak dapat komputer. makin banyak aku baca, rasa macam lagi banyak yang aku tak tau, & makin banyak la aku kena baca... ermmm, mau termuntah la aku.

haaa... ari nie aku mula kelas. sebab untuk student 'research' kelas tiap2 ari sabtu pkl 9-12 jer.. tak lama sgt pun. datang kelas pun, dengar taklimat jer daripada lecturer. lebih kepada tips2 macamana nak jadi reseacher yang bagus & nak buat tesis yang baik le. lebih kurang camtu la.
untuk kelas ni, semua2 student master & phd seluruh uitm semester satu diletakkan dalam dua kelas. satu untuk student bidang S&T, dan satu kelas lagi untuk student dari bidang sains sosial. jadi semua2 student dari semua2 fakulti bercampur2 la kisahnyer. kelas plak dua2 berjalan serentak, buat kat bilik kuliah kat bangunan S&T.

orait. nak tengok tv la. bye....

Thursday, January 10, 2008

Ma'al Hijrah 1429H

MA'AL HIJRAH 1429H

azam tahun baru aku tahun ni... mesti le aku cuba sedaya upaya nak siapkan research aku. paling kurang pun, dalam 60-70% mesti kena siap untuk tahun nie. kalo tak, susah sikit la nak abis dalam setahun setengah nih. dengar2 dari risikan aku, supervisor aku nih bleh tahan gak la tahap kegarangan, keeksyenan & keegoan dia. siap ader student yang dah 2 tahun pun ayik kene reject je proposal. ermmm.. bahaya2. takpe la, ape2 pun aku dan rancangan strategi baeekk punyer.. mintak2 le menjadi. tapi dalam pada tu, bangga gak aku. kengkawan kat sekeliling tak abis2 bagi semangat. (duit je yang tak bagi). ermm... kurang2, bersemangat gak le aku. almaklumle dah 2 tahun keje. bila nak study lagi tu, susah sangat la nak dapat feel balik.

sehingga semalam, dah 3 hari la aku mula menempatkan diri kat fakulti. ari isnin pagi, pegi jengok2 tempat yang aku patut duduk kat situ 8-5 petang selama setahun setengah nanti.
rupa2nya tempat tu kat level 7, kat lab robotic, ader satu bilik yang boleh muat dalam 5 orang. kat situ dah pun ader sorang aweks yang dok buat research gak. jadi campur aku nan member aku sorang lagi tu, dah jadi bertiga le penghuninya. ok la jugak, sekurang2nya ader gak la tempat kat situ. kalo nak harapkan buat keje kat rumah, entah bila la siapnya.

Ari selasa & rabu aku datang kejap2 je kat situ. takder komputer lagi, susah la sikit nak buat keje. last2, aku meronda kat library... huuuuu besar gak la libarary PTAR3 nih, huhuhuhu (dulu masa degree, mau 3-4 kali je aku jejak kaki kat situ... hehehehe).

tengahari rabu, orang2 kat upena jemput datang opis sebab ader buat majlis perpisahn sikit. che din e.o kesayangan ramai akan berpindah ke uitm kelantan pada 15 /1/2008. ermm.. dapat gak dia pindah kat kampung sendiri. majlis tu termasuk le aku sendiri yang dah seminggu lebih brenti keje kat upena.

esok? hermmm.. cadang2 nak pegi jumpa supervisor. tapi sepatah benda pun tak siap lagi. tawakal je la.

orait.. nak dah pukul 11.30 malam dah. ngantuk aku...
byee....

Saturday, January 05, 2008

fuuhhh.........

taddaaa....
ari nie aku nak updated cite lagi...
nasib baik le malam nie dapat connection wireless.. boleh le jugak check email dll.

pagi tadi aku daftar study kat uitm. alhamdulillah... dapat gak aku sambung balik study.
pukul 8.30 pagi, aku dah tepacak kat dewan sri budiman. nasib baik tak ramai lagi yang bratur. tengah syok2 bratur, Hakim, member aku pun datang nak daftar skali. fuhh... lamer btul tak raser suasana daftar2 nih. lebih kurang pukul 10.00 pagi, selesai semua pendaftaran, termasuk la ngan tangkap gambar untuk kad pelajar skali.
abih je daftar, kami pegi minum dulu, pastu datang ke dewan annexe plak, ader taklimat untuk persatuan siswazah pukul 11. tapi sampai pukul 11.40 takder tanda2 nak mula pun taklimat. jenuh plak aku tunggu. last2 aku cabut, balik rumah. taklimat sesi petang pun aku langgar je.. malas nak pegi. aku tengok jadual untuk petang tu: baca ikrar, nanyi lagu, pastu dengar ceramah.... erm... boleh merangsang tahap kengantukkan aku je. tu sebab aku tak pegi. hehehehe.. lepas je makan tengahari, aku terus balik.... huhuhu.. bahagia btul...

Sebenarnya sejak dari ari rabu, aku dah kena daftar, tapi untuk aku punya skim TPM la, jenuh jugak le ulang alik kat jpbsm tuh. dengan kene hantar borang le, surat fotostat itu. ini... ermm.. bosan2. tapi sabau je la.. karang tak beduit plak aku.

jadi, dalam setahun setengah ni, dah betukar status la aku, jadi s.t.u.d.e.n.t
mintak2 le boleh abih ngan aman...
Amin....

oraittt... nak pegi cari makanan le... tetiba je lapau... byezzzz.....