Saturday, January 19, 2008

journey begin..... (cewah....)


ari selasa baru yang lepas, aku dah pegi jumpa supervisor. bincang skit2 pasal tajuk aper nak buat. tapi, bila dah sampai 'level' ni, nampaknya lebih banyak bergantung pada diri sendiri. aku mesti kena biasakan buat keje dengan bantuan yang amat sikit dari supervisor. kalo nak jumpa supervisor pun lepas2 ni, bukan untuk tanya apa yang perlu dibuat seterusnya, tapi kena submit secara 'lengkap' keje yang dah diberi sebelum2 ni. lepas tu bila dah siap satu2 tugasan, tugasan lain akan diberi. jadi proses nie berulang2 sampai le aku abis nanti. Ermm... umpama macam supervisor sebut satu benda, tapi kita mesti buat 100 benda. camtu la. supervisor bukan tempat nak mengadu masalah & kesusahan, tapi jumpa diaorang untuk dapatkan/tambahkan lagi tugasan2. .. huh.. itu la yang aku dapat tau sikit sebanyak latarbelakang untuk buat 'master' nih.

minggu ni, aku banyak buat keje kat library, cari bahan2 kat buku & internet, sebab kat bilik aku masih lagi tak dapat komputer. makin banyak aku baca, rasa macam lagi banyak yang aku tak tau, & makin banyak la aku kena baca... ermmm, mau termuntah la aku.

haaa... ari nie aku mula kelas. sebab untuk student 'research' kelas tiap2 ari sabtu pkl 9-12 jer.. tak lama sgt pun. datang kelas pun, dengar taklimat jer daripada lecturer. lebih kepada tips2 macamana nak jadi reseacher yang bagus & nak buat tesis yang baik le. lebih kurang camtu la.
untuk kelas ni, semua2 student master & phd seluruh uitm semester satu diletakkan dalam dua kelas. satu untuk student bidang S&T, dan satu kelas lagi untuk student dari bidang sains sosial. jadi semua2 student dari semua2 fakulti bercampur2 la kisahnyer. kelas plak dua2 berjalan serentak, buat kat bilik kuliah kat bangunan S&T.

orait. nak tengok tv la. bye....

6 comments:

Shahrass said...

eee sonok nya baca blog hang ni Farid. Rasa macam di alam nyata. Sapa la supervisor yang beruntung tu kan?

kimiey + syasha + sara :p said...

Ya Rabbi..
Aku berdoa untuk seorang lelaki..
Yang akan menjadi sebahagian dariku..
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku..
Pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati..
Yang sungguh mencintai dan dahaga..
Akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu..
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan..
Untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seorang lelaki yang memiliki hati..
Yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas..
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku..
Tetapi juga menghormatiku..
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku..
Tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..
Seorang lelaki yang mencintaiku..
Bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku..
Dalam tiap waktu dan situasi..
Seorang lelaki yang dapat membuatku..
Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..

Ya Rabbi..
Aku memohon padaMu utk Lelaki Ini..
Berikanlah Lelaki Ini ketabahan utk menghadapi ujianMu
Berikanlah Lelaki Ini kekuatan hati & diri menempuhi kehidupannya..
Berikanlah Lelaki Ini kemantapan jiwa & kecerdasan akal dalam mengharungi perjuangannya menuntut ilmu..
Kau berkatilah usahanya,
Kau limpahkanlah kasih-sayangMu yg dapat memandu akalNya kpd jalanMU,
Berikanlah dia IlhamMu baginya mencari jalan keluar dari segala kebuntuan..

Ya Rabbi..
Aku hambaMu yang hina & lemah,
Hanya padaMu aku bermohon hajat dan ku letakkn pergantungan harapan...
Berkatilah hidupku...ku mohon dariMu ya Rabb..perkenankanlah permintaanku...bantulah hambaMu ini dalam mengenali kasih sayangMu yang hakiki & abadi..
...Amin...

Farid Fabregas said...

thanks kimiey, syasha, sara & mama...

becoz always support me....

kim salam kat mama haa....

iela said...

mcm ku kenal itu kimiey + syasha + sara huhuhuhu :P

wah farid...bersemangat betul.. hihihi

Farid Fabregas said...

eleh.. iela. btul ke kenal... hehehe..

Farid Fabregas said...

ishh... sape plak shahrass ni?....