Thursday, January 10, 2008

Ma'al Hijrah 1429H

MA'AL HIJRAH 1429H

azam tahun baru aku tahun ni... mesti le aku cuba sedaya upaya nak siapkan research aku. paling kurang pun, dalam 60-70% mesti kena siap untuk tahun nie. kalo tak, susah sikit la nak abis dalam setahun setengah nih. dengar2 dari risikan aku, supervisor aku nih bleh tahan gak la tahap kegarangan, keeksyenan & keegoan dia. siap ader student yang dah 2 tahun pun ayik kene reject je proposal. ermmm.. bahaya2. takpe la, ape2 pun aku dan rancangan strategi baeekk punyer.. mintak2 le menjadi. tapi dalam pada tu, bangga gak aku. kengkawan kat sekeliling tak abis2 bagi semangat. (duit je yang tak bagi). ermm... kurang2, bersemangat gak le aku. almaklumle dah 2 tahun keje. bila nak study lagi tu, susah sangat la nak dapat feel balik.

sehingga semalam, dah 3 hari la aku mula menempatkan diri kat fakulti. ari isnin pagi, pegi jengok2 tempat yang aku patut duduk kat situ 8-5 petang selama setahun setengah nanti.
rupa2nya tempat tu kat level 7, kat lab robotic, ader satu bilik yang boleh muat dalam 5 orang. kat situ dah pun ader sorang aweks yang dok buat research gak. jadi campur aku nan member aku sorang lagi tu, dah jadi bertiga le penghuninya. ok la jugak, sekurang2nya ader gak la tempat kat situ. kalo nak harapkan buat keje kat rumah, entah bila la siapnya.

Ari selasa & rabu aku datang kejap2 je kat situ. takder komputer lagi, susah la sikit nak buat keje. last2, aku meronda kat library... huuuuu besar gak la libarary PTAR3 nih, huhuhuhu (dulu masa degree, mau 3-4 kali je aku jejak kaki kat situ... hehehehe).

tengahari rabu, orang2 kat upena jemput datang opis sebab ader buat majlis perpisahn sikit. che din e.o kesayangan ramai akan berpindah ke uitm kelantan pada 15 /1/2008. ermm.. dapat gak dia pindah kat kampung sendiri. majlis tu termasuk le aku sendiri yang dah seminggu lebih brenti keje kat upena.

esok? hermmm.. cadang2 nak pegi jumpa supervisor. tapi sepatah benda pun tak siap lagi. tawakal je la.

orait.. nak dah pukul 11.30 malam dah. ngantuk aku...
byee....

0 comments: