Saturday, February 23, 2008

I.E.L.T.S vs demam

hujung bulan januari, aku ngan member aku dah pegi daftar kat company IDP kat subang tu, sebab nak amik exam IELTS. ni exam bahasa inggeris, lebih kurang macam MUET dulu la. tapi dah pasti le susah lagi. so, tarikh test 16/2/08 - ari sabtu. tapi rabu 13/2 kene amik test speaking dlu. hari selasa malam, aku kene demam. teruk la jugak, siap selsema & sakit tekak. siap satu pakej aku dapat. malam tu memang konfom aku takleh tido.
esoknyer, demam aku tak sembuh2 gak. suara pun nak tak nak je kuar. konfom pitching aku lari time speaking nanti. sampai subang, kami terus daftar - turn aku pkl 12.30 tghari. test dia tak le susah sangat, tengok la nasib dapat tajuk ape. grammar pun kena la jaga gak. dah lebih kurang 15 minit aku membebel dalam bilik tu ngan examiner, tamat le seksa aku. badan dah terawang2 dah, campur ngan sejuk aircond lagi, arghhh!! rasa nak pengsan. abis je turn member aku, kami terus balik. sampai rumah terus baring-demam dah makin teruk. lepas tu demam aku terus bersambung2, takmau kebah2 gak.
ari sabtu, aku ader test lagi kat IDP tu. kali ni test listening, reading & writing. aku still demam lagi. sepanjang2 minggu nih, memang la tak larat langsung nak study. pukul 8 pagi dah tepacak kat subang. ruper2nyer member aku tu pun demam gak. hehehe.. ader geng. pukul 12 abih exam. sengal2 kepala aku. rasa macam nak bawak tilam je kat situ. keputusan kuar ari jumaat, ujung bulan ni. tak tau le mcmana. tawakal je la.
hari isnin minggu depannyer baru la aku betul sihat. fuh.. memang minggu yang menyeksakan btul... harap2 minggu ni ok la. banyak keje yang dah tetangguh.

Monday, February 04, 2008

library..oh..library...

library... tempat yang paling tak selalu aku pegi. daripada zaman diploma sampai le abis degree.
kalo kat fakulti elektrik ni, nama library dia PTAr3. masa degree dulu pun ader le dalam 3-4 kali aku masuk. tu pun tepaksa nak buat 'references' untuk tesis final projek dulu... hehehe

jadi bila dah daftar sebagi student master ni, nak tak nak tepaksa le aku jadi kan library tu sebagai bilik kedua aku (sebab aku dah bilik kat level 7)

Ader satu hari tu, lepas je aku cari2 buku kat ptar3, tetiba rasa macam nak pinjam le buku. aku pun bawa le 2 buku yang aku nak pinjam tu. pastu staf library kat kaunter tu tanya aku."nak pinjam buku ke?". selamba je aku jawab "tak aih, nak pegi memancing nie.." ape punya soklan le...(tapi aku jawab dalam hati je tu... nak mapos kalo cakap betul2). huhuhu. dengan penuh tata tertibnya aku pun cakap le memang nak pinjam buku.

Staf tu cakap lagi "adik kalo nak pinjam buku boleh guna alat kat belakang tu" self service katanya... (Fuu.. rasa macam muda lagi plak bila dia panggil aku adik... hehehehe).
bila aku toleh belakang.... alamak.. mampos.. mane la aku tau nak guna. alat tu ada monitor (touch screen), & laser sensor. aku tengok kiri kanan.. huuu.. ramainye student, ni kene buat2 terer nih.. aku pun pegi le kat alat tu, (letak betul2 sebelah tangga, memang tempat student lalu lalang kat situ.. fuu.. bhaya2.. kang kalo bebunyi ke, hape ke alat ni, malu plak aku).

ermm.. nasib baik le ader flow chart kat tepi tu, bgtau camner nak guna.
aku pun baca satu2:
1. mulal2 kena scan student kad dulu. - selamba jek aku scan. ok.
2. masuk plak 8 no. student yg awal. - enter - pejam mate je aku masukkan.
3. pastu scan barcode buku... (alamak.. ader dua barcode plak kat buku ni, pastu aku agak2 mesti barcode yg uitm tampal, takkan yang kat cover tu plak..) berdebar2 gak la, kot2 bebunyi kang malu haku..
aku pun scan le.. tapi takbleh gak. macam2 posisi buku tu dah aku buat.. tak boleh2 jgk.. asyik2 kat screen tu tulis, "redo"... tensen2.. dekat sepuluh kali gak la aku scan, aku dah rasa macam nak scan guna tapak kaki je kat screnn tu. ishh.. tapi, sabar2.. kene kontrol macho.. ramai ader kat sekeliling time tu.. kang jatuh plak saham... hehehe.. (ya ampun..... mama kimiey...hehehe).

Last2 aku pun give-up. aku pun pegi kat kaunter, cakap alat tu tetiba je takbleh scan.. hehehe..
staf tu pun guna la alat kat meja dia plak.. "ok je scan buku ni" dia cakap... ermmm, aku pun pura2 buat muke serius, "tu mesti alat tu dah rosak tu.." huhuhuu.. pastu, cepat2 aku amik buku & balik bilik. sempat jgk le aku jeling2 tgk, ader gak student yang dok perati jer.. heh.

selang seminggu lepas tu, aku pegi kat ptar4 (kat bangunan sebelah) plak. nak pinjam buku C++ & matlab. masa nak pinjam tu, skali lagi aku kene guna alat tuh.. aduii.. tapi selamba je aku cakap kat staf situ, "tak tau guna le, bleh tunjuk tak?" dia pun ajar le..

ruper2nyer masa nak scan barcode buku tu, kena letak buku tu kat bawah, pastu tarik skit, tolak skit (ishh.. lain macam je bunyinyer nih) baru le ok...
ooo.. macam tu ruper nyer.. huhuhuu..
patut le kat ptar3 tu takbleh.. aku yg tak reti...hehehe.. mesti bila staf tu check alat tu, takder ape2.. hehehe.. pastu aku pun malas nak pegi library seminggu.. bagi dia lupa kat muka aku dulu.. huhuhu...

ermmm .. tu la penangan kalo jarang2... pegi library. nasib baik le takde kumpulan student buat mcm 'pom pom girl' gelak kat aku.. & nasib baik le.. alat tu tak dicipta untuk bebunyi kalo salah bila nak guna.. fuhh.... selamat...