Saturday, February 23, 2008

I.E.L.T.S vs demam

hujung bulan januari, aku ngan member aku dah pegi daftar kat company IDP kat subang tu, sebab nak amik exam IELTS. ni exam bahasa inggeris, lebih kurang macam MUET dulu la. tapi dah pasti le susah lagi. so, tarikh test 16/2/08 - ari sabtu. tapi rabu 13/2 kene amik test speaking dlu. hari selasa malam, aku kene demam. teruk la jugak, siap selsema & sakit tekak. siap satu pakej aku dapat. malam tu memang konfom aku takleh tido.
esoknyer, demam aku tak sembuh2 gak. suara pun nak tak nak je kuar. konfom pitching aku lari time speaking nanti. sampai subang, kami terus daftar - turn aku pkl 12.30 tghari. test dia tak le susah sangat, tengok la nasib dapat tajuk ape. grammar pun kena la jaga gak. dah lebih kurang 15 minit aku membebel dalam bilik tu ngan examiner, tamat le seksa aku. badan dah terawang2 dah, campur ngan sejuk aircond lagi, arghhh!! rasa nak pengsan. abis je turn member aku, kami terus balik. sampai rumah terus baring-demam dah makin teruk. lepas tu demam aku terus bersambung2, takmau kebah2 gak.
ari sabtu, aku ader test lagi kat IDP tu. kali ni test listening, reading & writing. aku still demam lagi. sepanjang2 minggu nih, memang la tak larat langsung nak study. pukul 8 pagi dah tepacak kat subang. ruper2nyer member aku tu pun demam gak. hehehe.. ader geng. pukul 12 abih exam. sengal2 kepala aku. rasa macam nak bawak tilam je kat situ. keputusan kuar ari jumaat, ujung bulan ni. tak tau le mcmana. tawakal je la.
hari isnin minggu depannyer baru la aku betul sihat. fuh.. memang minggu yang menyeksakan btul... harap2 minggu ni ok la. banyak keje yang dah tetangguh.

0 comments: