Monday, March 31, 2008

hehehe....

i.... lame tul aku tak updated cite.
Dua mggu lepas, abang aku buat kenduri kawin kt kampung (sungkai) 9hb 3. aku ari jumaat baru balik. ari sabtu tu pilihanraya malaysia ke-12. knduri tu buat kat rumah atuk aku, tak la jauh sgt dari rumah aku, dalam 10km je. Ari jumaat tu, aku trus balik rumah dlu sampai2 je, tgk takde org kat rumah mesti semua ader kat kampung nih. aku rehat lebih kurang, pastu terus cabut ke ruah atuk. hooo.... khemah 4 buah dah siap pasang. pondok kat halaman rumah tu pun dah dibesarkan... ermm..banyak jugak la keje2 yang dah disiapkan... hehehehe(aku gelak kat dalam hati.. selamaaaat.) pakcik ngan makcik aku pun dah mula ader yang sampai. tapi ari jumaat tu takde le banyak sangat keje yang nak dibuat.

ari sabtu dah mula sibuk. dah mula nak buat persediaan, sebab malam tu nak buat kenduri arwah & doa selamat. pada masa yang sama, kami gilir pegi mengundi. aku pulak, malas nak pegi awal2. konfom ramai punya. dalam pukul 3 petang baru pegi mngundi kat sek men sungkai. fuuhhhh... best.. sebab dah lepas tanggungjawab, orang plak memang tak ramai tak sampai setengah jam, semua selesai. petang tu, dalam pukul 2, famili sebelah abah dari N9 sampai. diorang semua2 tido kat rumah aku, kat taman tuh.

lepas abih je angkat & susun meja kat khemah, angkat plak kuali and periuk2 yang besar2, nak masak petang tu... lenguh buah pinggang aku dibuatnyer. bab2 masak & menyiang tu takde masalah, ramai gak le jiran kampung datang.. ngan anak2 dara nyer... hehehehe.. time tu ilang letih, kuali yang besar tu pun rasa macam bleh angkat sebelah tangan je... huhuhuhuhu...

malam tu lepas je selesai kenduri, terus je buat keje2 untuk esoknyer lak. sambil2 tu tengok2 kat tv, keputusan pilihanraya. huuu... dasat gak.. satu malaysia ader keputusan mengejut, termasuk le tempat aku - sungkai. ape2 pun malam tu aku tido pukul 4 pagi... esok subuh2 lagi dah bangun balik.. huaarrgghhhh ngantuk tuuuuu... rumah atuk aku tu penuh ngan sedara2 aku. so, tido pun berhimpit gak la.. gasak la, mata dah ngantuk....

esoknyer, tiba la ari kenduri... tema, buat kaler warna biru muda. so, kitaorng yg lelaki ni smua2 pakai t-shirt biru muda. orang perempuan plak pakai songket.. tapi macam2 kaler la, tak dapat nak sama kaler semua, sebab susah nak cari stok. alhamdullilah, ramai betul yang datang kenduri tu. temasuk le member2 aku gak. sesak nafas gak la dibuatnyer, memang tak sempat nak rehat langsung. siap ader kugiran lagi.. tapi orang2 kapung ni jugak la. dalam pukul 3 lebih, orang dah mula kurang. dalam pukul 4, aku sambung wat keje balik. tolong2 cuci pinggan mangkuk. pukul 4 lebih, ehem-ehem aku datang ngan kawan dia. hehehe.. ingatkan tak datang..
malam tu, acara potong kek & bukak hadiah. malam tu dalam pukul 1 lebih baru aku tido. orang cakap, kalo badan penat, selera makan kurang.... tapi aku, 'berselera je' makan walaupun penat hehehehe..

ari isnin tu cadang2 nak balik shah alam,tapi memandangkan banyak lagi barang tak kemas, aku pun rasa baik balik ari selasa je. sedar2 pun ramai dah balik. kesian plak aku tengok nanti abah kemas takde orang tolong sangat. hmmm, banyak gak yang nak kene kemas lg. malam tu abang aku yg kawin tu balik ke sg buluh ngan bini dia sbb ader exam ptk.

ari selasa pagi, aku balik s.alam. ari tu jgk ruper2nyer birthday abah aku... (mcmmana bleh lupe lak ni ..hehehe)... hepi birthday.....

0 comments: