Thursday, January 20, 2011

Nur Zara Batrisya (Part 3)

Ok, sambung part 3 lak. Huu.. panjang tol. dah macam cite Lord of The Ring trilogy la plaks huhuhu...

Sampai bilik bersalin tu, aku tengok my wife tgh dok tahan sakit.. sian wooo time.. tak jadi aku nk buat lawak. Dia dah siap2 pakai baju hospital. Aku trus je dok sebelah katil. Lbh kurang sejam jugak la tahan sakit. Nurse cuma monitor sekejap2 je, sementara nak tunggu bukaan jadi 8cm. Dalam pukul 8 stgh, wife aku dh bertambah sakit. Aku panggil nurse, diorg buat checkup and suruh aku dok luar dulu. 15 minit lepas tu, diorg panggil aku masuk. Aku tengok dah ade 5 orang dalam tu, nurse, doktor, doktor2 pelatih. Huh.. saspen. Masa aku lalu je kt kaki my wife, ade sorang nurse cakap kat aku "hah, tengok ni, dah nampak kepala baby"........ fuh... lagi la saspen. mintak2 la tak pengsan (aku ckp dlm hati). Bila aku tengok, huh.. memang btol.. dah nampak rambut (nasib baik tak pengsan.. huhuhuhu).

Malam tu ada 4 orang bersalin, termasuk la wife aku
Aku trus berdiri sebelah wife dan bagi kata2 semangat (Takkan nak buat lawak lak time nih kan.. hehehe). Lepas tu ade la doktor2 pelatih masuk. dah makin ramai la dalam bilik tu. Memasing nak belajar la tu kot. Dalam bilik tu lak dah riuh rendah, masing2 dok jerit bagi semangat kat wife aku utk bagi cepat baby kuar. Sebab kalo lama sgt, nti baby bleh lemas dlm tu. Dah macam tengok bola pun ade. hehehe.. Aku pun nasib baik la tak pitam ke hape ke.. memang kene kuat semangat hoo duduk dalam tu. Kalo mabuk darah, memang bleh pengsan wooo...

Gambar 1st lepas lahir... tembam tak pipi I... Auwwww



Tepat jam 9.15 malam (ecece.. sempat tengok jam lagi tu), seorang baby girl selamat dilahirkan ke dunia nih dengan berat 2.68kg. Huh.. memang tak dapat aku nak cakap ape2 time tu... sgt2 bersyukur & terharu la. baby sihat, wife pun ok. huuuh... memang sgt2 lega. Lepas tu aku disuruh keluar, sementara diorang nak bersihkan baby. Masa kat luar, sempat la aku bgtau org2 kampung. Tak lama lepas tu, aku masuk balik bilik bersalin, & nampak baby tgh baring kat atas katil baby, sebelah mama dia la. (hehe.. dah tuka status dah time ni). Memang rase best sgt time tu... betul.. tak tipu. Aku dukung baby, trus azan & iqamah . uhuhu, terasa macm dalam filem pun ada. Sempat la sembang2 (ngan mak dia la, takkan ngan baby laks huhuhu) & amik gambar2 mana yg patut.

1 jam selepas lahir
Wad tempat baby n mama dia tido malam tu
  Tak lama lepas tu, nurse datang & suh aku tunggu kat wad pesakit luar (kat bangunan sebelah). Lebih kurang 11.30 malam, wife aku sampai kat wad tu, aku tinggalkan beg kat stu, duduk2 jap. Dalam pukul 12 malam aku bergerak balik rumah (masa tu tinggal kat jalan kapar, klang) bersama2 ngan uri (yang dah siap2 bungkus la). Kebetulan lak hujan lebat yang sangat2 lak malam tu. Huuu.. memang menguji kesabaran tul, ngan ngantuk nye, lapar). Sampai rumah dalam pukul 1 lebih , simpan uri dlm peti sejuk, kemas beg baju aku stok utk seminggu (husband automatik dpt cuti 1 minggu), baju wife. Dalam pukul 5, bangun makan sahur (makan roti yg beli kat hospital semalam) lepas subuh trus gerak ke hospital.


Sampai hospital dalam pukul 8 pagi, tengok2 wife aku tgh sarapan. baby, nurse dah bawak pegi mandi. Aku tanya nurse kat situ, lebih kurang tengahari bleh balik katanya sebab nak tunggu baby tu kencing n berak, pastu nak tunggu doktor datang check lagi pagi tu. Tak lama lepas tu, nurse datang bawak baby. Dah berak n kencing, dah mandi, cuma nak tunggu doktor je. Sempat la dukung2 dia, amik gambar. tak lama lepas tu, doktor datang ngan doktor2 pelatih, interview skit2 ngan my wife. Dekat2 pukul 9, nurse datang, bagitau yang kami boleh balik. Kira kes kami ni wal la settle. sebab selalunye tengahari or petang baru bleh balik. Wife call family kat banting, diorang belum bertolak lagi ke hospital (sebab malam tu diaorang ade cakap nak datang jeguk pagi tu), so kami decide balik sendri je la. Dia pun confident bleh pegang baby sampai rumah. So kami pun bertolak la balik, sampai banting dalm pukul 10 lebih.

Ape2 pun... thanks pada sume2 staf hospital putrajaya yg terlibat... service mmg best.. xie xie ni



3 gambar kat atas, gambar lepas mandi pagi esoknye kt hospital


Mama & papa posing depan zara  kat hospital bertolak sebelum balik 

Itu je cite pasal saya lahir... lain kali cite lagi ye.. kalo papa saya rajin update blog la.. hehehehe
ok bubbye.... buueeekkkkk....

Wednesday, January 19, 2011

Nur Zara Batrisya (Part 2)

Fuhh.. penat wooo.. hari ni kelas full dari pagi sampai petang. lenguh2 pun ada.
ok, sebab semalam dah terjanji nak update cite pasal my first baby.. so kene la jugak aku memaksa jari2 nih menaip.

sebelum tu, lupe lak nak bagitau. Memang kami dah awal2 lagi target nak wife bersalin kat hospital putrajaya. 1st, sebab ape yang aku tau, hospital putrajaya punya service memang best. 2nd, sebab husband bley masuk sama2 dalam bilik bersalin tu nanti (yang nih memang aku request. penting woo ade kat sebelah wife time deliver. moral support..)

Sambung cite, dalam pukul 5 petang sampai la kt hospital putrajaya. parking kete kat area wad bersalin (masa register sebelum tu dah siap2 pusing2 hospital cari kat mana wab bersalin). sampai2 je trus register kat kaunter. Dlm 10 minit camtu, nurse panggil my wife masuk dalam bilik. Nak check ape yang patut la tu. Dalam pkl 6, wife aku tak kuar2 lagi. lame btol aku tggu. bila aku tanya, nurse kat situ ckap tgh tunggu doktor check.. hayyoo.. punya lame tunggu blom check lagi ke? tapi logik jugak la, sebab petang tu ramai jugak tunggu masa nak deliver. tapi aku dah leh rasa yang wife aku memang dah nak deliver. tak lame lps tu nurse ckap kat aku 'bukaan' dah dalam 2cm, so kene tahan la kat wad. Aku lak disuruh pegi register kat kaunter utama kat main entrace hospital (sebab entrance wad bersalin terpisah ngan main entrace hospital) untuk tempah katil kat wad selepas bersalin nanti.

Pintu Masuk wad bersalin.. suspen seh.... hehehehe
Dah selesai, aku pegi balik la wad bersalin. sambil2 tunggu tu aku sempat2 la sembang ngan 2-3 husband yang sama2 tunggu wife diorg. dia tu aku tengok macam dah biasa je kat hospital tu. maklum la aku sorang je yang tgh tggu anak 1st, yg lain sume dah ade pengalaman. borak punya borak, lebih kurang pukul 7, nurse panggil aku. bukaan dah 4cm, meaning that my wife kemungkinan besar akan deliver dalam masa 24 jam. Aku plak dah mula usha tempat2 yang bleh 'landing' malam tu. sebab nurse cakap, kemungkinan besar deliver pada awal subuh.. Aku pun dah aim dah ade satu kerusi panjang kat depan kaunter tu. belasah je la kan. takkan la aku nak request kat nurse tu utk tido atas katil bersalin kot... ngeri sehh...

Tak lama lepas tu, nurse tu bagitau yang aku dah bleh teman kan wife kat dalam bilik bersalin.. hoo.. bleh masuk awal rupernye. mana la aku tau hehehe.. memandangkan waktu tu dah nak masuk maghrib sgt, aku decide nak berbuka dulu la. Kene la aku menapak skit nk ke main area hospital tu. Sampai kat situ aku tengok ade la 1 kedai kecik. jual air, roti and makanan ringan. ramai plak orang, so aku trus cari surau - solat. selesai je, trus g kedai tu balik, aku beli roti 60sen tu 4 ketul. air mineral. Aku bleh abiskan separuh ketul roti je. tak selere beb, hehhehe macam aku lak yg nak deliver. Aku trus pegi wad bersalin, singgah amik beg baju untuk baby n my wife kat kete (beg nih memang dah standby kat kete sejak my wife pregnant 7 bulan... standby). Dah settle, trus je masuk wab bersalin.

huh.. panjang dah aku menaip.. ngantuk dah neh. skrin pn dah nampak 2 lak nih. Sambung esok je la ye... cont part 3.... hehehehe

Monday, January 17, 2011

Nur Zara Batrisya (Part 1)

Huhuhu.. dah lame tul aku x update blog nih. Bz + malas nk menaip. hehe. kan senang kalo ade software leh convert suara to text. senang skit keje aku. cakap2... pastu convert.. berpuluh entry sehari pn boleh.. hohohoho..

Arini aku nk update pasal my first baby. hehehe, ramai yg suh aku update dlm blog. tapi hampe belaka nk tunggu aku post. hehe..

Satu2 nye gambar masa pregnant
My wife punye due date utk deliver sepatutnye awal bln 9 taun 2010. (kene tulis tahun nih.. maklum le dh masuk 2011) hohoho.. mmg dah lame aku tak update rupenye. lebih kurang 15hb ogos tu, wife aku dh start sakit skit2. tapi tak pasti le dh nk deliver or tak. sebelum tu dah siap2 tanya doktor, tanda2 nk deliver tu mcmane. salah satunye, rasa sakit2 la. (tanda2 yang lain tu carik sendrik la hehehe). Sebelum2 tu ade la dalam 1 jam skali sakit2 tu dtg. wife aku pn still keje lagi. ok la la tu kot. selang 2-3 hari tu dh jadi setengah jam skali sakit2. pastu jadi lebih kurang setengah jam skali. 

18 ogos 2010, (waktu nih baru je seminggu mula pose) pagi tu kami g keje macam biasa la. tengahari tu dia bagitau aku. sakit2 dah makin kerap. Ade la dalam 5 minit skali. Dia tanya aku, sakit nak deliver ke. Aku mana la tau sakit macam mana nak deliver tu. Kalo sakit perut nak ke toilet tu, tau la aku nak cite.. huhuhuhu... Dia pun ade gak tanya kekawan yang dah penah ade baby. Macam2 version lak jawapan yang dapat. So, dalam pukul 3 lebih tu, kitorang decide la gi check kat hospital. Nama memang dah siap2 booking register kat hospital putrajaya. dengar2 cite kat situ service memang ok. Tiap2 bulan checkup kat klinik suraya seksyen 3 tu, tapi kali ni decide trus gi hospital la. mana la tau dah nak deliver lak ke.

Lepas tu kami trus la gi hospital. On da way tu sempat lagi la wife aku tu settle pasal keje. buat call, sms, serah keje sementara la tu kot walupun dah sakit2. Aku? aku tak le panik, hehehe tapi dalam kepala tu dah mula dah pikir macam2 untuk the next step. 



Alamak.. sudah pukul 5 petang la plak. wokeh.. mau pulang dulu. nanti sambung la ye. (mintak2 le tak delay lame sangat untuk next post.. hehehehe)