Thursday, January 20, 2011

Nur Zara Batrisya (Part 3)

Ok, sambung part 3 lak. Huu.. panjang tol. dah macam cite Lord of The Ring trilogy la plaks huhuhu...

Sampai bilik bersalin tu, aku tengok my wife tgh dok tahan sakit.. sian wooo time.. tak jadi aku nk buat lawak. Dia dah siap2 pakai baju hospital. Aku trus je dok sebelah katil. Lbh kurang sejam jugak la tahan sakit. Nurse cuma monitor sekejap2 je, sementara nak tunggu bukaan jadi 8cm. Dalam pukul 8 stgh, wife aku dh bertambah sakit. Aku panggil nurse, diorg buat checkup and suruh aku dok luar dulu. 15 minit lepas tu, diorg panggil aku masuk. Aku tengok dah ade 5 orang dalam tu, nurse, doktor, doktor2 pelatih. Huh.. saspen. Masa aku lalu je kt kaki my wife, ade sorang nurse cakap kat aku "hah, tengok ni, dah nampak kepala baby"........ fuh... lagi la saspen. mintak2 la tak pengsan (aku ckp dlm hati). Bila aku tengok, huh.. memang btol.. dah nampak rambut (nasib baik tak pengsan.. huhuhuhu).

Malam tu ada 4 orang bersalin, termasuk la wife aku
Aku trus berdiri sebelah wife dan bagi kata2 semangat (Takkan nak buat lawak lak time nih kan.. hehehe). Lepas tu ade la doktor2 pelatih masuk. dah makin ramai la dalam bilik tu. Memasing nak belajar la tu kot. Dalam bilik tu lak dah riuh rendah, masing2 dok jerit bagi semangat kat wife aku utk bagi cepat baby kuar. Sebab kalo lama sgt, nti baby bleh lemas dlm tu. Dah macam tengok bola pun ade. hehehe.. Aku pun nasib baik la tak pitam ke hape ke.. memang kene kuat semangat hoo duduk dalam tu. Kalo mabuk darah, memang bleh pengsan wooo...

Gambar 1st lepas lahir... tembam tak pipi I... Auwwww



Tepat jam 9.15 malam (ecece.. sempat tengok jam lagi tu), seorang baby girl selamat dilahirkan ke dunia nih dengan berat 2.68kg. Huh.. memang tak dapat aku nak cakap ape2 time tu... sgt2 bersyukur & terharu la. baby sihat, wife pun ok. huuuh... memang sgt2 lega. Lepas tu aku disuruh keluar, sementara diorang nak bersihkan baby. Masa kat luar, sempat la aku bgtau org2 kampung. Tak lama lepas tu, aku masuk balik bilik bersalin, & nampak baby tgh baring kat atas katil baby, sebelah mama dia la. (hehe.. dah tuka status dah time ni). Memang rase best sgt time tu... betul.. tak tipu. Aku dukung baby, trus azan & iqamah . uhuhu, terasa macm dalam filem pun ada. Sempat la sembang2 (ngan mak dia la, takkan ngan baby laks huhuhu) & amik gambar2 mana yg patut.

1 jam selepas lahir
Wad tempat baby n mama dia tido malam tu
  Tak lama lepas tu, nurse datang & suh aku tunggu kat wad pesakit luar (kat bangunan sebelah). Lebih kurang 11.30 malam, wife aku sampai kat wad tu, aku tinggalkan beg kat stu, duduk2 jap. Dalam pukul 12 malam aku bergerak balik rumah (masa tu tinggal kat jalan kapar, klang) bersama2 ngan uri (yang dah siap2 bungkus la). Kebetulan lak hujan lebat yang sangat2 lak malam tu. Huuu.. memang menguji kesabaran tul, ngan ngantuk nye, lapar). Sampai rumah dalam pukul 1 lebih , simpan uri dlm peti sejuk, kemas beg baju aku stok utk seminggu (husband automatik dpt cuti 1 minggu), baju wife. Dalam pukul 5, bangun makan sahur (makan roti yg beli kat hospital semalam) lepas subuh trus gerak ke hospital.


Sampai hospital dalam pukul 8 pagi, tengok2 wife aku tgh sarapan. baby, nurse dah bawak pegi mandi. Aku tanya nurse kat situ, lebih kurang tengahari bleh balik katanya sebab nak tunggu baby tu kencing n berak, pastu nak tunggu doktor datang check lagi pagi tu. Tak lama lepas tu, nurse datang bawak baby. Dah berak n kencing, dah mandi, cuma nak tunggu doktor je. Sempat la dukung2 dia, amik gambar. tak lama lepas tu, doktor datang ngan doktor2 pelatih, interview skit2 ngan my wife. Dekat2 pukul 9, nurse datang, bagitau yang kami boleh balik. Kira kes kami ni wal la settle. sebab selalunye tengahari or petang baru bleh balik. Wife call family kat banting, diorang belum bertolak lagi ke hospital (sebab malam tu diaorang ade cakap nak datang jeguk pagi tu), so kami decide balik sendri je la. Dia pun confident bleh pegang baby sampai rumah. So kami pun bertolak la balik, sampai banting dalm pukul 10 lebih.

Ape2 pun... thanks pada sume2 staf hospital putrajaya yg terlibat... service mmg best.. xie xie ni



3 gambar kat atas, gambar lepas mandi pagi esoknye kt hospital


Mama & papa posing depan zara  kat hospital bertolak sebelum balik 

Itu je cite pasal saya lahir... lain kali cite lagi ye.. kalo papa saya rajin update blog la.. hehehehe
ok bubbye.... buueeekkkkk....

2 comments:

sharina said...

owh..bam-bam.... :)

~: UmmiNor:~ said...

first time baca blog yg cite pasal wife bersali...panjang lebor dan details plak tu..
syabas! dah bergelar bapak :)