Thursday, February 10, 2011

Tanam pokok Roselle la plak

Penah dengar/tengok pokok roselle tak? Kalo tak penah, cari kat Mr google je la hehehe. roselle ni slalunye orang buat air la (jus roselle). bunga dari pokok nih, bley masak buat pati air roselle.

ni la rupe bunga roselle
bley buat jus
*gambar ihsan dari Mr Google

Kami pun decide la nak tanam gak kt rumah sndri. kat rumah pun mana ade tanam ape2 pokok lagi. rumput yg hijau saujana mata memandang tu banyak le. anak pokok nih sponsor by family dari banting. diorang memang dah lama tanam pokok nih. dah puas la minum air dia. bawak balik ke puncak alam 5 pokok. 1 tu dh agak besar la jgk (remaja dah nih), 4 lagi kecik2 je.. (baby lg).

Dalam pertengahan bulan 1 hari tu (or lebih tepatnye 15hb) kami tanam pokok roselle. sebab pokok yang amik dari banting tu kelima2 nya letak dalam 1 poly bag. so, aku asing2 la kan pokok2 tu dalam 5 poly bag.

keluarkan sume2 pokok tu
pokok yang kecik2 masuk dalam poly bag
yang besar masuk dalam pasu

pasu ngan tanah beli kat puncak perdana
tanah kat rumah banyak sangat batu

2 minggu lepas tu, aku tambah lagi tanah dalam poly bag & pasu. bagi tambah banyak lg tanah tu. pokok pun dah mula besar. cuma pokok yg dalam pasu tu, dah nampak layu skit.

Tambah lagi tanah

pokok nih dah makin layu lak... 

Baru2 nih.. pokok yang besar (dalam pasu) dah makin layu.. daun dah habis sume gugur.. aduiii.. tensen... aku saspek geng2 semut dah buat sesuatu kat pokok tu.. maybe dah buat banglo or rumah semi D kat dalam pasu tuh.. 4 pokok yang kecik tu plak dah makin besar.. hohoho... 1 je terbantut skit. Gambar tak sempat nak amik lak. Nti bila2 senang aku updated gambar2 tuh.






4 comments:

Peri PiA said...

baik utk kesihatan

kalau menjadi nti,mtk sikit blh?hihi

Farid Fabregas said...

boleh2... tp kene dtg sni la.. hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

uncle eliss pun ada tanam roselle ni kat kampung..

Farid Fabregas said...

hooo... bagus2.. nti bley suh nuha tolong tanamkan