Monday, March 21, 2011

Berita: Kemalangan maut di Bidor

Semalam, dalam berita ada kemalangan maut bas-lori kontena di highway plus area bidor (dah dekat2 ngan rumah aku tuh)... Bila la kes bas accident ni nak selesai.. huh..

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE

KEADAAN bahagian hadapan bas persiaran yang remuk selepas merempuh belakang lori kontena dalam kemalangan di KM341.9 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Bidor, semalam
 BIDOR: "Sebaik bas kami dirempuh sebuah lori kontena dari arah belakang, saya melihat ada penumpang termasuk datuk saya dan dua kanak-kanak terpelanting selain ada yang terperosok ke bawah bas dan tersepit. 

"Ketika itu saya dan ramai lagi penumpang hanya mampu menjerit dan menangis kerana terlalu cemas serta takut melihat kejadian ngeri itu," kata Nurul Najwa Roslan, 17, seorang daripada 43 mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas persiaran yang mereka naiki bersama dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Bidor, di sini, awal pagi semalam.
Kemalangan jam 4.50 pagi itu menyebabkan datuk Nurul Najwa, Sahad@Shariff Md Din, 74, terbunuh di tempat kejadian manakala sebahagian besar lagi penumpang cedera, termasuk enam daripada mereka parah dengan kebanyakannya patah kaki.
Lebih memilukan, kaki seorang daripada kanak-kanak berkenaan hancur selepas dihimpit bas ke pembahagi jalan di tepi lebuh raya. Difahamkan, kaki kanak-kanak itu terpaksa dipotong. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata Sahad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi parah. 

0 comments: