Friday, April 29, 2011

Banjir kat Puncak Alam!!!

Kat tepi jln dah banjir, time nih tak tau lg banjir lg dasat kt depan tuh
Harini 1st time aku berdepan ngan banjir kat puncak alam nih. Subuh2 lagi hujan memang lebat sgt. Kluar rmh, tgk2 longkang kat kawasan perumahan tuh dh penuh. Roundboard kat alam suria tu dh mula banjir. sampai je kat fasa 2, aku tgk sume kereta dah patah balik. Rupe2 nye dah banjir kat kawasan depan petronas. air standard le kaler teh tarik. So, dah tak bleh ikut jln tu, aku trus le kuar ikut econsave alam jaya. sampai simpang tuh, aku trus menghala ke arah uitm puncak alam. Sebelum sampai McD, aku tgk kiri kanan dah penuh air. Jalan je depan skit, dah jem. aku ingatkn jem traffic light le. Sekali banjir la... air kat atas jalan laluan kami tuh dlm jgk & deras. area McD tu jgn cakap le. dah macam restoran terapung je aku tgk.
dah mula nampak air

mula2 nak redah

tak sangka plak banjir kat jalan nih... terpaksa redah.. McD kat sebelah kiri tu. huhu

Ade jgk yg singgah sarapan tuh huhuhu

Nak patah balik pun tak bleh sebab kat blkg dah bnyak kete follow. so, redah je la. tgk sume kete kat depan sume nye lepas. tapi dalam jgk le airnye. aku tukar gear 1 siap2, jln slow2.. lega.. lepas jgk. Sampai depan traffic light depan petronas, aku tgk simpang (lagi satu) nk gi perumahan aku tu dah penuh air.. Aku trus menghala ke meru, ni le jln aku tiap2 pagi pegi keje. dekat skit. sampai je tempat kebun2 slpas Uitm tuh aku tgk banyak kete berhenti tepi jalan. confirm air banjir tu dalam. so, patah balik le jwbnye. terpaksa ikut jalan pegi ke puncak perdana.  tapi kene la skali lagi redah banjir tadi. tapi bila lalu, nasib baik le banjir sebelah sini tak dalam sgt.

ni masa dah  u-turn

dah u-turn, laluan sini tak dalam. sebelah kanan laluan yg aku lalu awal2 tadi
Simpang masuk perumahan kami (depan uitm)
 hujan masih le lebat lg. ni dok pikir ade keje je nak buat kat opis, kalo tak mau balik... tidoo... huuuu best. laluan puncak perdana tu nasib baik le tak banjir, tapi air bnyak bertakung sebab ujan tak berenti jgk. last2 sampai opis dah cecah pkl 9..  

Thursday, April 21, 2011

Cute Baby With HAT Contest

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"

Kali ni Zara nak join contest "Cute baby with hat contest". Tarikh tutp: 22 April 2011

Pengajur Contest ini adalah
Penaja untuk contest kali ni adalah:
Muka excited sangat ajak papa naik belon panas kat Putrajaya
Nama: Nur Zara Batrisya
Umur: 8 bulan

Monday, April 18, 2011

Mari membaca bersama Zara...


Wednesday, April 13, 2011

Harga patin berpatutan (ade plak sambungan nye lagi)

Ni cerita yang tepat pasal kes harga ikan patin yg mahal tuh.. dari utusan.

==============================================

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA
====================================================================

hehe.. macamna lak 50 org bleh jadi 350org plak tuh.. jauh sgt beza nye tuh... bila dah heboh, tukar statement lak.

kalo dh 350 org memang le bleh cecah rm13000. purata sorang dalam rm37. ok la tu. siap makan udang galah, ikan mahal2... hayooooo... bikin suspen jer... 


Tuesday, April 12, 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiz.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan selepas dimasak dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

"Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali," katanya. - BERNAMA

Berita Harian Online


*RM13,000 bley buat downpayment kereta wehhh... (takpun wat bayar ptptn huhuhuhu)

Friday, April 08, 2011

Awas Telur Tiruan!!!!!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

http://1.bp.blogspot.com/-QWh0R770ol4/TZxcGdMdLoI/AAAAAAAAejs/HZbHjzBZn5I/s1600/telurb.jpgPagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Awas Telur Tiruan

Anda sulit membezakan keasliannya!

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.

Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan



Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.

"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)



Thx to greenboc