Wednesday, April 13, 2011

Harga patin berpatutan (ade plak sambungan nye lagi)

Ni cerita yang tepat pasal kes harga ikan patin yg mahal tuh.. dari utusan.

==============================================

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA
====================================================================

hehe.. macamna lak 50 org bleh jadi 350org plak tuh.. jauh sgt beza nye tuh... bila dah heboh, tukar statement lak.

kalo dh 350 org memang le bleh cecah rm13000. purata sorang dalam rm37. ok la tu. siap makan udang galah, ikan mahal2... hayooooo... bikin suspen jer... 


2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo 350 memang logik laaa...aduhai..tertinggal 3, besar jumlah tu..hehehe

37?? murah gila laa macam tu...
seketul patin muncung liar tu berapa dah..

sharina said...

boleh plak main silap2... kita bako je kita bako....